GEORGE TOWN: Kelab Peminat P Ramlee Pulau Pinang menggesa agensi bertanggungjawab segera melakukan kerja-kerja baik pulih kerosakan yang berlaku pada rumah kelahiran seniman agung itu yang terletak di Jalan P Ramlee di sini.
Presidennya, Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata, tindakan segera perlu dilakukan supaya rumah berusia hampir 100 tahun itu akan terus terpelihara dan menjadi warisan sejarah negara.
Menurutnya, kerosakan atap dan siling rumah berkenaan dikatakan berlaku sejak tahun lalu namun ia gagal diselesaikan oleh agensi berkenaan.
"Tak kan perkara kecil sebegini tak boleh ditangani oleh agensi berkenaan dan saya percaya kos baik pulih pun tidak melibatkan belanja yang terlalu mahal.
"Saya akan berhubung dengan agensi terbabit bagi mendapatkan penjelasan dan kita mahu kerja-kerja baik pulih segera dibuat bagi mengelakkan kerosakan lebih teruk pada rumah warisan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Rabu.
Terdahulu, bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim menzahirkan rasa kecewa selepas melihat keadaan rumah kelahiran P Ramlee yang rosak dan keadaan yang menyedihkan.
Dalam tulisannya di laman Facebook, beliau terkejut selepas mendapati atap dan siling rumah asal seniman agung itu hampir roboh akibat kebocoran yang berlarutan.
"Keadaannya amat menyedihkan. Apatah lagi ini rumah P Ramlee seniman idola kita. Menurut penjaga rumah molek warisan itu laporan dah dibuat dan dikemukakan tahun lalu.
"Tentu sekali roh Ramlee akan nangis melihat rumah pusakanya dalam keadaan begitu terbiar. Saya taksir kerosakan ketirisan ini tak lebih RM15,000...Wahai ketua jabatan, mailah tengok, baikilah cepat," tulisnya.
Rumah kelahiran P Ramlee yang terletak di No 4 Jalan P Ramlee dibina pada 1926 oleh bapanya, Teuku Nyak Puteh dan bapa saudaranya, Rejab Husin.
Difahamkan, rumah berkenaan telah beberapa kali dibaik pulih sebelum ini dan kini diambil alih sepenuhnya oleh Arkib Negara.
Sinar Harian sedang mendapatkan Arkib Negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai kerosakan yang berlaku. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 27 2023
Rais menunjukkan kerosakan pada siling rumah kelahiran P Ramlee. - Foto Facebook Rais Yatim
Pelajar didakwa pukul pengadil, KDA tunggu laporan penuh
Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sedang menunggu laporan penuh daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah berhubung kekecohan seorang pelajar lelaki dikatakan cuba memukul pengadil pada Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Kubang Pasu.
Pembantu Kastam Kanan di KLIA didakwa terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengaku tidak bersalah atas 38 pertuduhan rasuah dengan nilai keseluruhan RM14,950 antara tahun 2017 hingga 2021.
Mayat pengurus ladang ditemui selepas dua hari hanyut
Seorang pengurus ladang ditemukan lemas selepas dua hari dihanyutkan arus deras ketika menjalankan kerja pemasangan kabel Sungai Ulu Segama, di Kinabatangan.
AWANI Ringkas: Anak MB Perlis didakwa kemuka tuntutan palsu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tembak KLIA: Sebutan semula kes Hafizul miliki senjata api 30 Jun ini
Hari ini ditetapkan untuk serahan dokumen kepada pihak pembelaan dan beliau memohon tarikh lain untuk sebutan kes berkenaan.
Olahraga Para Dunia: Muhammad Nazmi raih emas sulung di Jepun
Atlet olahraga negara Muhammad Nazmi Nasri meraih pingat emas acara lompat jauh T37 lelaki pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun hari ini.
Kerajaan belum tetap tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel - Armizan
Kerajaan belum menetapkan tarikh sebenar pelaksanaan penyasaran subsidi diesel meskipun secara prinsipnya ia akan dilaksanakan pada tahun ini.
Rekod dunia selesaikan kiub Rubik terpantas kini 0.305 saat
Hari ini Rekod Buku Guinness mengumumkan rekod dunia menyelesaikan kiub teka teki Rubik kini dipegang oleh Mitsubishi Electronics. Robot yang dihasilkan Mitsubishi menyelesaikan kiub dalam masa hanya
Penganjuran Aloha Party: Pemilik resort dikompaun RM25,000
Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah yang menganjurkan parti liar 'Aloha Party' Isnin lepas dikenakan kompaun RM25,000.
Hubungan dingin AS-China: Malaysia ambil pendekatan neutral - PM Anwar
Malaysia mengambil pendirian untuk tidak akan menyebelahi mana-mana pihak susulan ketegangan yang berlaku dalam hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Baiki segera kerosakan rumah kelahiran P Ramlee
Tindakan segera perlu dilakukan supaya rumah berusia hampir 100 tahun itu akan terus terpelihara dan menjadi warisan sejarah negara.